Kuala Lumpur, 06 Januari - TVET MARA menerapkan konsep 3R dalam menjayakan misi MARA prihatin membantu mangsa banjir. Reduce, Reuse dan Recover merupakan konsep yang diaplikasikan dalam membantu mangsa banjir menyelamatkan peralatan elektronik yang rosak akibat bencana banjir.
Dalam program Cerita Kami @TVET, dua orang pensyarah daripada Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya iaitu Cik Nur Aishah Binti Zainuddin dan En Khairul Muslim Bin Nordi berkongsi dengan pendengar Bernama Radio penerapan 3R dalam misi MARA prihatin membantu mangsa banjir.
KKTM Petaling Jaya yang ditubuhkan pada tahun 1972 pada mulanya dikenali sebagai Institut Kemahiran MARA Petaling Jaya pada awalnya menawarkan program dalam bidang Lukisan Mekanikal dan Lukisan Senibina. Kini, selari dengan perkembangan serta keperluan industri semasa, KKTM Petaling Jaya menawarkan program Diploma in Electronic Engineering (Internet of Things).