Kuala Lumpur, 9 November 2022 : Perkongsian dalam program temubual di Bernama Radio, Cerita Kami@TVET bersama Ir. Ts. Hj Rahim bin Selamat, Pengarah Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dan saudara Muhamad Alif Hamdi, Underwater Inspection Engineer, alumni Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dengan topik 'TAKDIR TUHAN UNTUKKU'
Program yang berlangsung selama 30 minit itu telah membawa kisah perjalanan pendidikan saudara Muhamad Alif berasal dari Pasir Gudang, Johor berusia 36 tahun dan kini bekerja sebagai Jurutera Pemeriksa Dalam Air (Underwater Inspection Engineer) di Boskalis Subsea, sebuah syarikat berpengkalan di Belanda
Menurut Muhamad Alif, di IKM JB pelajar bukan sahaja belajar ilmu kemahiran seperti kimpalan, bahkan ilmu tentang hidup
Selepas setahun setengah di IKM JB, beliau menyambung pengajian peringkat diploma di UniKL MFI dalam bidang Teknologi Kimpalan (Welding Technology) dan seterusnya ijazah pertama di universiti sama
Turut sama sebagai tetamu di dalam rancangan tersebut adalah Pengarah IKM JB, Ir Ts Hj Rahim selamat yang berkongsi tentang potensi pelajar-pelajar mengikuti pengajian TVET adalah besar dalam membina kerjaya, kerana kebanyakkan pelajar di KKTM,MJII & IKM telah mendapat tawaran bekerja semasa dalam tempoh latihan industri, khusunya pelajar-pelajar di IKM Johor Bahru