PASUKAN KKTM KEMAMAN RAIH TEMPAT KE-2 PUBG MOBILE

Putrajaya, 9 Oktober 2022 - Dua (2) orang pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman iaitu Muhammad Zulfadhli Bin Zulkarnail dan Muhammad Hanif Bin Mohamad Yani telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan PUBG MOBILE mewakili pasukan Negeri Terengganu di dalam Kejohanan E-Sport Kebangsaan Hari Sukan Negara 2022 yang berlangsung pada  4 hingga 9 Oktober 2022. Sebanyak 16 pasukan dari 15 negeri yang telah menyertai acara tersebut.
 
 
Tahniah diucapkan buat wira TVETMARA atas kejayaan anda!