TAHNIAH (PEMENANG WSMB & WSMP 2022 GIATMARA)

KUALA LUMPUR, 18 November - TAHNIAH GIATMARA kerana telah memperolehi satu pingat Emas, empat Gangsa dan tujuh Sijil Kecemerlangan dalam pertandingan World Skills Malaysia Pengajar (WSMP) & World Skills Malaysia Belia (WSMB) yang telah berakhir pada 31 Oktober 2022. Seramai 29 orang peserta telah menyertai pertandingang ini dan 12 peserta telah berjaya membawa pulang pingat kemenangan. 

Pemenang pingat Emas bagi kategori WSMP, dimenangi oleh Encik Purnomo bin Md Khalid dari Giatmara Tanjong Piai yang membawa  pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM7,000.00 beserta pingat. Bagi Pemenang  pingat gangsa dalam kategori WSMB pula hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,500.00 beserta pingat.

Pertandingan WSMB merupakan pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan yang dianjurkan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf belia atau pekerja mahir yang mempunyai kemahiran unggul. Manakala WSMP pula merupakan pertandingan kemahiran untuk meningkatkan kekompetenan dan daya saing di kalangan pengajar atau jurulatih institusi latihan kemahiran atau pendidikan awam, swasta dan industri. Dengan adanya pertandingan ini, pengajar dapat bersaing secara sihat untuk menunjukkan kemahiran yang dimiliki di samping mendapat pengiktirafan dan ganjaran yang ditawarkan. Selain dari itu, tenaga pengajar juga dapat pendedahan berkaitan teknologi dan kurikulum berkaitan yang bertaraf dunia.