Kuching, Sarawak 10 Mac 2022 - Bersiaran bersama Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik), En Wan Jazlan Zuhairi bin Ghazali IKM Kuching berkongsi tentang peluang pengajian TVET di Sarawak terutamanya untuk anak-anak sarawak yang berminat dengan pendidikan TVET bagi membina masa depan cemerlang. Turut hadir sebagai tetamu jemputan di studio adalah Ketua Jabatan Elektrik, Puan Aisah bt Imat.
IKM Kuching yang ditubuhkan pada tahun 1984 menawarkan program Sijil & Diploma.
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
- Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan
- Sijil Teknologi Kimpalan
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin
- Sijil Teknologi Bangunan
- Diploma Teknologi Automotif (4WD)
- Diploma Kompetensi Elektrik (Pendawai PW4)
- Diploma Kompetensi Kimpalan