KUALA LUMPUR, 3 Mac : WorldSkill Competition Shanghai 2022 menjadi medan perjuangan kepada saudara Muhammad Fareez Aiman bin Zainal Abidin, pelajar program Diloma Teknologi Kejuruteraan Bangunan, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas yang juga merupakan calon peserta negara dalam bidang Bricklaying . Pertandingan yang akan berlangsung pada Oktober 2022 itu bakal mengumpulkan peserta dari seluruh dunia mempraktikkan ilmu kemahiran yang telah mereka pelajari di dalam pertandingan tersebut.
Pensyarah KKTM Pasir Mas, Ts. Hasrul Mohd Arifin, pemegang Ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang kejuruteraan awam menggunakan pengalamannya berkhidmat sebagai jurutera awam dan struktur di Jabatan Kerja Raya dan beberapa buah syarikat sebagai jurulatih kepada calon peserta negara ini, beliau berkongsi ketika ditemubual di Bernama Radio untuk slot Cerita Kami @ TVET pada 3 Mac 2022.
Terdahulu ketika ditemubual, saudara Muhammad Fareez berkongsi, beliau memilih KKTM Pasir Mas untuk melanjutkan pengajian selepas SPM kerana melihat potensi pelajar di TVET MARA dengan menyertai pertandingan di dalam dan luar negara selain membentuk pelajarnya menjadi usahawan berjaya.
Pemilihan peserta untuk ke WorldSkill Competition Shanghai 2022 telah dilaksanakan sejak tahun 2019 dengan menyertai pertandingan WorldSkills Malaysia Belia, peserta yang telah Berjaya ke peringkat saringan dan seterunsya Berjaya keperingkat akhir melayakkan Muhammad Fareez menjadi calon peserta negara ke pertandingan bertaraf antarabangsa tersebut.
“ Pembelajaran dan pengajaran di KKTM Pasir Mas telah memberikan panduan dan pengetahuan kemahiran kepada saya sebagai persediaan ke pertandingan ini selain kemudahan serta kelengkapan pembelajaran yang baik terutamanya dari kerja-kerja amali “ - Muhammad Fareez
Semoga kejayaan bakal dicipta oleh calon peserta negara dalam WSC Shanghai 2022 dan terus berjuang membawa nama negara, ini antara bukti bahawa pelajar TVET MARA mampu bersaing di persada antarabangsa.