Projek Inovasi TVET MARA Raih Pelbagai Pingat di Malaysia Technology Expo (MTE 2022)

Kuala Lumpur, 29 Mac 2022 - Pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa, Malaysia Technologi Expo (MTE) kali ke-21 kembali pada tahun 2022 dengan menawarkan Anugerah Inovasi Antarabangsa, Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam dan Anugerah Inovasi Belia Asia telah dilaksanakan pada 21 hingga 25 Mac 2022 secara maya 

Pencapaian yang memberangsangkan serta membanggakan apabila pencipta inovasi dari TVET MARA menerusi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemhiran MARA (IKM) telah berjaya mengetengahkan hasil ciptaan produk inovasi mereka yang berimpak global dan telah berjaya merangkul kejayaan amat bermakna pada pertandingan tersebut

Menerusi penyertaan projek inovasi yang dihantar, TVET MARA secara keseluruhannya telah berjaya meraih 9 pingat EMAS, 5 pingat PERAK dan 9 pingat GANGSA serta 3 Anugerah Khas Juri

Tahniah kepada pemenang dan terus mencipta kecemerlangan bersama TVET MARA 

#tvetmara #BuildingTalentGneratingFuture  

 

Ditulis oleh : Noorsyahril Idris & Akmal Hafiz Ruslan