Kota Bharu, 10 November - Majlis Penganugerahan Sijil Pentauliahan Menjalankan Program Penjaga Jentera Elektrik A4 dan Modul Janakuasa untuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas) telah disempurnakan oleh YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu. Pentauliahan dari Suruhanjaya Tenaga ini menjadikan KKTM Pasir Mas institusi bertauliah yang pertama di negeri Kelantan yang menjalankan Program Penjaga Jentera A4. Team Elektrik KKTM Pasir Mas diketuai oleh Ir Ghazali Harun.